Khamis, 18 Ogos 2016

Blackpool

Assalamualaikum..

Entry ni sepatutnya jadi entry entah ke berapa sebab aku macam nak cerita pasal London and Eurotrip dulu. Tapi semalam tetiba TERplan dan TERpergi ke Blackpool so aku cerita lah dulu pasal experience pergi Blackpool sementara masih segar bugar di ingatan aiceh.

Sebenarnya trip ke Blackpool ni dah berapa bulan tertangguh since aku sampai Manchester di pada February lalu. Macam2 sebab lah tak jadi cam weather lah exam lah blaa blaa blaa. At lasttt here we are...

Blackpool Pleasure Beach

Dari first aku sampai Manchester ni kalau travel je ada 6 manusia yang Allah kirimkan untuk jadi travel team yang paling coooooll. Old Trafford-Etihad-Liverpool-Paris-Brussels-Germany sampai lah ke Blackpool ni haa. Jenis yang tak boleh dduk diam kat rumah ada je tempat nak berjalan. Last minute pun trip ni dirancang. Lagipun kitorang takde lah ronda satu Blackpool tu pun. Kitorang pergi satu theme park ni nama dia Blackpool Pleasure Beach. Katanya UK'S biggest theme park entahla betul ke idok.

Ummi cakap Blackpool ni tempat asalnya Fish & Chips. Betul ke idok taktau lah aku ni lemah sikit facts ni ehehe. Tapi around theme park ni memang banyak betul lah kedai kedai yang jual fish and chips ni. Yela kut kan facts tu? Plus untuk kita yang Islam ni takda masalah lah nak cari makanan as kebanyakan fish and chips ni memang halal. Time pergi tu pun kitorg dua round jugak lah fish and chips tu lapar punya pasal. Harga dia okay lah bawah £5.

So pagi 17 August 2016 yang mendung itu kitorg pun berangkat lah ke Blackpool naik train dari Manchester Picadilly. Dengan harapan cuaca mengizinkan and Alhamdulillah cuaca memang cun lah haritu.  Tiket return : £17. Sampai Blackpool dlam pukul 11 pagi camtu as train dari Manchester pukul 9.16 am tukar kat Preston.

Entrance tickets one of my friends, Leyo dah beli online which costs each of us £ 23. Dah smpai tu pergi entrance tnjuk confirmation ticket and dapat lah wrist band sorg satu cam msuk sunway tu and satu kad kecik je. Kad tu kau jangan buang pulak kena scan bfore masuk. haa dah msuk tu main lah smpai termuntah. Aku tak cover semua game pun, I mean who even ride all the games? hahaha. Lagipun tak sempat pun lain lah kalau kau beli speedy pass yang sudah semestinya cost more.

Okay lah lanja gambar jelahh.

lets explore the fun!!

Apa entah nama game ni tapi ni last ride aku.. the only ride yg bleh pegang phone heh

Laughing man. memula dgr terhibur gak lelama annoyed weh. masuk 20p je so dy boleh trus gelak.


Spaceshot.. nak tercabut jantung den nengoknya tapi benda ni lagi scary tengok dr naik hewhew

antara nickelodeon attraction

Queue nak naik Big One. roller coaster paling thrill lah kat situ.

Themepark ni tutupnya pukul 7pm. Tiket train kitorg flexible so boleh balik pukul berapa pun. Sebab sekarang summer, so maghrib pukul 8.40 camtu so kitorg decide untuk tengok sunset dulu. Kebetulan depan park ni ada beach. Aku taktau nama dia tapi sunset diaaaa sangat lahhh cantikkk. I mean sunset kat mana je tak lawa?

look at the sun. aint it beautiful??

Sesuai lah untuk kitorg yang kepala dah tak berapa nak betul ni lepas naik macam2. Jumpa pulak pantaiii haaa. Aku Ummi and Dini siap cabut kasut nak rasa air pantai Blackpool ni. Sejuk bakhang..

gigih Dini lukis anime last2 dihapus ombak duh haha


my 7 laughing machines.


I have a thing with beach. Nak buat rumah tepi pantai please!!!!





Till then, looking forward for the next trip.
xoxo, Tibby.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan